Tuesday 3 January 2012

Small-Scale Enterprises (SSE) / Industri Berskala Kecil

Saiz unit industri di negara membangun telah memegang sesuatu daya tarikan untuk ahli-ahli ekonomi. dari segi perspektif teori yang berbeza, perusahaan-perusahaan kecil telah dilihat sebagai suatu alternatif iaitu:
  • pengguna utama teknologi yang bersesuaian dan pengeluar bagi produk-produk tertentu
  • berinsentifkan tenaga buruh yang cekap bagi dana pelaburan yang terhad
  • satu titik permulaan bagi keusahawanan untuk memulakan perniagaan
  • mekanisme untuk menghasilkan pengkhususan produk pengeluaran dan produk sampingan kepada ekonomi
    
Small-Scale Enterprises (SSE)
Kebanyakan takrifan SSE memberi tumpuan kepada bilangan pekerja-pekerja yang bekerja dalam sesuatu perusahaan. Antara alasan yang jelas mengapa SSE di kebanyakan negara-negara membangun menjadi perhatian dari negara-negara lain kerana kebanyakan kes, mereka menyediakan  sebahagian besar pekerjaan dalam sektor pembuatan. Walaupun produktiviti tenaga kerja mereka rendah, SSE juga sebahagian penyumbang kepada pembuatan nilai tambah kepada sesebuah negara di samping dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk terutama penduduk di kawasan luar bandar dalam meningkatkan taraf hidup yang lebih sempurna.

SSE sangat penting dalam pembangunan ekonomi kerana bermula dengan sebuah perniagaan yang kecil, ia mampu berkembang sehingga menjadi sebuah empangan perniagaan yang besar atau sektor perindustrian. Tambahan lagi, SSE sebagai industri penghubung dan pelengkap kepada industri berskala besar khususnya yang dimiliki oleh firma antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Pertumbuhan pesat ekonomi negara pada masa ini memerlukan lebih bnayak vendor yang bertindak sebagai pembekal dan pengedar kepada produk industri berskala besar.

Rantaian SSE dengan firma besar telah dipraktikkan dengan meluas di negara-negara seperti Jepun, Korea, dan Taiwan khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik. Di Thailand rantaian SSE tertumpu kepada sektor tekstil. Manakala di negara membangun seperti Malaysia tertumpu kepada industri automotif di samping sektor  elektrik dan elektronik.


Selain itu, pemindahan teknologi dari syarikat gergasi yang ada di kebanyakan negara juga berlaku melalui SSE. Pemindahan teknologi ini amat diperlukan untuk menjana produk pengeluaran terkini agar mampu berdaya saing dan dapat memenuhi citarasa pengguna ke tahap yang maksimun.

Thursday 29 December 2011

GAMBAR

ANTARA MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DALAM ERA GLOBALISASI...
















Sunday 4 December 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PELABURAN PERINDUSTRIAN DALAM ERA GLOBALISASI

Dalam pembangunan sektor perindustrian, dasar atau pelan perangkaan sangat penting bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang maju walaupun dalam era globalisasi. Menurut pembacaan saya dalam buku ini, terdapat 4 jenis polisi dalam aktiviti perindustrian. Antara 4 polisi yang idealistik ialah:

·         Peranan pihak kerajaan dalam menjaga kedua-dua belah pihak iaitu pelabur dan pekerja. Kerajaan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pekerja dan pelabur dengan adanya pertubuhan-pertubuhan seperti persatuan buruh. Selain itu, peranan dalam menyediakan kemudahan sosial dan infrastruktur kepada masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup.

·         ‘Dasar Mesra Pasaran’ iaitu di mana kerajaan mempunyai hak untuk campur tangan bagi menangani sebarang masalah kesan kegagalan dalam pasaran tempatan dan global  contohnya dalam penyebaran maklumat dan aktiviti-aktivi lain seperti pendidikan, latihan, pelaburan peenyelidikan dan pembangunan. Tambahan lagi, peranan kerajaan dalam menyokong industry baru tanpa ada diskriminasi.
   
·         Dasar campur tangan kerajaan dengan pelabur-pelabur luar adalah untuk mewujudkan situasi ‘menang-menang’ di mana kedua-dua belah pihak mempunyai manfaat masing-masing. Hal ini kerana, perkembangan dalam aktiviti perindustrian telah memberi ruang kepada sesebuah negara meningkatkan hasil negara melalui sekatan-sekatan seperti cukai, takrif kouta dan lain-lain. Aktiviti seperti eksport-import telah menyebabkan berlakunya pertukaran wang asing, migrasi antarabangsa, lesen teknologi dan sebagainya.
·         Di kebanyakan negara membangun menerima pelabur asing untuk membangunkan negara mereka dan kerajaan berfungsi untuk mengawal tahap agregat pelaburan perindustrian.

   Perkembangan dalam perindustrian juga memberi impak negatif dan positif kepada pembangunan fizikal dan manusia. Apa yang kita semua tahu, kesan positif dapat dilihat di mana adanya peluang pekerjaan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk selain dapat memberi kelebihan dalam menjana ekonomi negara melalui hasil negara seperti perdagangan antarabangsa, cukai, pelaburan dan sebagainya. Bagi impak negatif pula, berlaku masalah alam sekitar di mana berlakunya pelbagai percemaran akibat perkembangan sektor perindustrian. Selain itu juga, berlaku perubahan guna tanah yang dahulunya hutan menjadi padang konkrit dan ini menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Tambahan lagi, kemasukan pendatang asing atau migrasi juga telah membawa kepada masalah sosial dan sebagainya. Oleh itu, dalam era globalisasi ini, terdapat baik dan buruknya sesuatu aktiviti yang dijalankan, justeru itu, peranan dalam pelbagai pihak sangat penting dalam meminimakan masalah yang berlaku.




Saturday 3 December 2011

GLOBALISASI DAN TNCs

TNCs merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang melabur ke sesebuah negara untuk mengembangkan perniagaannya. Pelaburan yang dibuat oleh TNCs banyak memberi kesan kepada pembangunan sesebuah negara yang dilabur. Hal ini kerana, TNCs menyediakan kemahiran teknologi, modal untuk mengeksploitasi sumber-sumber tempatan samada dari segi sumber asli atau tenaga buruh, pengetahuan dan sebagainya. Proses globalisasi telah menggalakkan kemasukkan TNCs ke negara-negara membangun di mana terdapat ramai tenaga buruh dan sumber asli yang belum dieksploitasi yang mungkin dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negara dengan aktiviti pengeksportan. Kemasukkan TNCs telah memberi satu peluang kepada penduduk di  negara membangun untuk meningkatkan taraf hidup dengan adanya aktiviti perindustrian di mana terdapat peluang pekerjaan di sekitar kawasan perindustrian.

Selain itu juga, kemasukkan TNCs juga telah membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam negara. Kemasukkan teknologi dari luar juga memberi kesan positif kepada tenaga kerja untuk mempelajari tentang perkembangan dunia teknologi. Dengan adanya teknologi, sumber-sumber dapat digunakan secara optimum dalam menghasilkan nilai tambah yang menggalakkan bagi membantu meningkatkan hasil dalam negara.

Tambahan lagi, pengembangan sektor perindustrian terutama di negara-negara membangun telah banyak merubah persekitaran ekonomi negara membangun. Kemasukan pelabur luar telah mendorong kepada pembentukan corak pengeluaran di negara membangun. Oleh itu, pembuat dasar dan pemimpin sesebuah negara hendaklah peka tentang implikasi proses globalisasi yang amat mempengaruhi ekonomi domestik. Sementara itu, pembentukan dasar mesti memastikan pertumbuhan ekonomi selari dengan keperluan pembangunan ekonomi domestik selain memberi peluang kepada pelabur mengembangkan perniagaannya. Pembangunan ini mestilah diutamakan supaya semua lapisan masyarakat memperolehi manfaat daripada industrilisasi tempatan. Dalam usaha mengatasi hambatan yang berkait rapat dengan proses globalisasi, peranan pemerintah memainkan peranan dalam mewujudkan kerangka institusi pembentukan dan pelaksanaan dasar yang berkesan.



Friday 2 December 2011

PERSPEKTIF TEORI

Dari sudut pandangan neoklasik, dunia globalisasi ialah dunia di mana terdapat aliran perdagangan dan modal. Proses globalisasi telah menyebabkan perubahan kepada dasar, komunikasi, kos pengangkutan dan sebagainya. Berdasarkan perspektif teori dalam buku ini, aktiviti pengeksportan oleh negara-negara membangun telah menggalakkan persaingan ekonomi dengan negara lain. Aktiviti ini boleh memberi dorongan kepada negara-negara membangun untuk lebih berdaya saing dalam menghasilkan produk yang lebih baik bagi membnagunkan ekonomi mereka. Perdagangan antarbangsa juga telah memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak (pengeksport-pengimport) kerana dapat memenuhi keperluan dan kepuasan permintaan di mana sesebuah negara tidak mampu menghasilkan semua produk yang diminta oleh pengguna. Oleh itu, perdagangan antarabangsa mampu memenuhi tuntutan pengguna terhadap penggunaan sesuatu barangan.

Secara ringkasnya, teori ini menerangkan perdagangan dan aliran modal yang wujud telah membantu dalam penumpuan pendapatan supaya dalam proses globalisasi ini dapat mendorong negara-negara miskin atau negara-negara membangun berkembang dengan lebih cepat dalam pelbagai aspek sama ada dalam ekonomi, politik mahupun sosial. Hal ini membawa kepada peningkatan taraf hidup dan seterusnya dapat mengurang masalah kemiskinan dalam sesebuah negara.


Perspektif Kebergantungan oleh Andre Gunder Frank (1960an dan 1970an) menerangkan bahawa hubungan yang tidak seimbang antara negara-negara miskin (pinggir) dengan negara-negara kaya dalam pelbagai aspek iaitu ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Hal ini menunjukkan negara-negara miskin masih keterbelakangan dalam semua aspek yang boleh menyebabkan negara-negara miskin tidak dapat berkembang maju seiring dengan peredaran masa. Keterbelakangan merupakan suatu proses ekonomi, politik dan sosial yang terjadi akibat proses globalisasi dan sistem kapitalisme. Keterbelakangan ini juga terjadi akibat pembangunan pesat oleh negara-negara maju dan negara-negara miskin ketinggalan jauh untuk maju. Kemajuan dalam aktiviti perindustrian di negara-negara maju telah memberi keuntungan yang besar serta penggunaan teknologi yang canggih.
 
Tambahan lagi, perspektif ini adalah bertentangan dengan pendapat kaum Marxis klasik. Menurut pandangan Marxis, perkembangan kapitalisme dunia melalui imperialisme akan menyeragamkan cara produksi semua negara-negara di dunia dan membuat semua negara-negara di dunia berkembang dan mencapai kemakmuran. Penindasan kaum borjuis oleh golongan proletariat telah membawa kepada ketidakseimbangan dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan. Selain itu, pendapatan yang diterima tidak sepadan dengan tenaga yang dicurahkan. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja. Perspktif teori ini menunjukkan aktiviti perindustrian sangat penting dalam membangunkan sesebuah negara.

Wednesday 30 November 2011

TEKNOLOGI

Perkembangan dalam proses globalisasi telah membawa kepada kemajuan dalam penggunaan dalam teknologi. Teknologi boleh menerangkan secara mudah ialah proses pemindahan input kepada output, pengetahuan dan keperluan kemahiran untuk pembangunan ekonomi dan perindustrian. Dalam era globalisasi pada masa kini, sektor perindustrian semakin membangun dengan wujudnya pelbagai kemudahan tekonologi yang lebih cepat dan menjimatkan kos.

Tambahan lagi, perkembangan dalam teknologi juga dapat memberi peluang kepada negara-negara sedang membangun dalam R&D untuk menghasilkan produktiviti yang yang berkualiti yang mampu untuk menembusi pasaran dunia. Antara contoh ialah China mampu mengeksport tekstil keluarannya ke pasaran luar kerana terdapat banyak kilang dan tenaga buruh di sana. Selain itu, Malaysia juga mampu menghasilkan produk elektronik dan menjadi pengeluar utama dalam barangan elektronik. Hal ini menunjukkan proses globalisasi yang berlaku pada masa kini telah memberi kelebihan kepada negara-negara membangun dalam meningkatkan ekonomi mereka selain dapat membantu rakyatnya meningkatkan taraf hidup.











KEUPAYAAN ATAU KEPENTINGAN TEKNOLOGI
Di Barat, perkembangan teknologi sudah lama berlaku berbanding dengan negara-negara yang sedang membangun. Perkembangan teknologi ini telah membawa kepada kemajuan sesebuah negara tersebut. Berdasarkann buku ini, terdapat 5 pembahagian dalam keupayaan teknologi.
·         Untuk mencari produk dan proses yang baru bagi negara-negara miskin hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu produk yang selalu diimport oleh negara-negara miskin bagi memudahkan penyaluran pemindahan teknologi di negara-negara miskin agar kemajuan dapat dijalankan di negara-negara miskin.
·         Kebanyakan negara perlu mengadaptasi pembangunan ekonomi yang ada pada masa kini bagi membolehkan keluaran dalam negara dapat ditingkatkan.
·         Peningkatan produk dan proses yang berdasarkan pengalaman dalam pengeluaran tempatan  di mana peranan pelabur sangat penting untuk membangunkan sesebuah negara yang sedang membangun.
·         Pembangunan atau penghasilan produk dan proses yang lebih tinggi daripada tempat-tempat lain dalam meningkatkan persaingan.
·         Menjalankan kajian berasaskan teori-teori yang ada bagi menjamin pembangunan yang berterusan.

Selain itu, sistem pengeluaran yang sudah berubah daripada mesin tradisional kepada moden telah membantu negara menghasilkan pengeluaran yang menggalakkan selain mengeksport kepada luar negara. Tambahan lagi, pembangunan dalam R&D juga telah memberi ruang kepada negara-negara sedang membangun dalam mengkaji hasil keluaran agar produk yang dikeluarkan bermutu tinggi dan dapat bersaing seiring dengan negara-negara maju.

Kebolehan teknologi dalam perindustrian maklumat dan kemahiran dari segi teknikal, pengurusan dan institusi. Hal ini menunjukkan kemajuan teknologi sangat membantu dalam pengembangan sektor perindustrian malah ianya dapat menjimatkan masa dan kos. Melalui perkembangan teknologi juga dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran, rekabentuk yang menarik, membaiki kecacatan yang ada pada produk yang dikeluarkan, sumber bahan mentah, pengurusan dan sebagainya. Penghasilan yang baik dapat membantu menjana ekonomi negara.


Jelasnya, kepentingan aktiviti teknologi dalam proses pertumbuhan perindustrian dan ekonomi negara adalah mempunyai hubungan yang sangat rapat dan ini secara umumnya diiktiraf dengan meluas di seluruh dunia. Hal ini kerana, perkembangan dalam teknologi sangat memberi kesan kepada sektor perindustrian di mana ianya mampu menghasilkan nilai tambah yang banyak dan berkualiti dalam memastikan aktiviti perindustrian terus berkembang seiring dengan permintaan manusia yang semakin bertambah dan berbagai citarasa. Pertambahan permintaan ini telah menggalakkan proses perdagangan antarabangsa di mana ia dapat memberi manfaat kepada semua.