Friday 30 September 2011

DEFINISI DAN KONSEP GLOBALISASI

Globalisasi??? apa itu sebenarnya globalisasi. Pada masa kini, perkataan globalisasi sering digunakan oleh semua lapisan masyarakat dalam meniti perkembangan arus dunia. Globalisasi mempunyai banyak maksud dan tidak mempuyai maksud khusus tentang globalisasi. Terdapat sesetengah pihak mengatakan globalisasi sudah lama berlaku dan kesan-kesannya dapat dilihat pada masa kini. Proses globalisasi yang berlaku sekarang banyak memberi kesan kepada pembangunan manusia dan fizikal samada kesan positif mahupun negatif.

Globalisasi boleh dikatakan sebagai satu fenomena sedunia yang muncul hasil daripada cantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menembusi sempadan negara lain. Proses globalisasi yang berlaku ini telah membawa kepada perkembangan dalam sektor perindustrian di negara-negara sedang membangun. Hal ini kerana fenomena globalisasi itu sendiri yang membawa kepada kemajuan dalam perindustrian di mana pertambahan dalam permintaaan dan penawaran serta dalam memenuhi kepuasan dalam diri.

Globalisasi dikatakan punca gelora and perubahan yang berlaku sekarang dan mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:-
(i)   modal pekerja (migrasi dalaman dan luaran)
(ii)  modal kewangan (bantuan,dana,pinjaman dll)
(iii) modal sumber (tenaga kerja,sumber asli dll)
(iv) modal kuasa (ketenteraan, pakatan, perikatan dll)
Keempat-empat modal ini telah memberi sumbangan kepada proses globalisasi...(WIKIPEDIA)