Wednesday 19 October 2011

Perkembang perindustrian dalam proses globalisasi

Perkembangan perindustrian bergerak maju dan mempunyai potensi yang sangat besar dalam mempengaruhi dunia global. Hal ini kerana, proses globalisasi yang berlaku ini telah mendorong kepada peningkatan permintaan dan penawaran dalam sesuatu perkara ke dalam pasaran dunia.


Perkembangan dalam bidang ekonomi (aktiviti perindustrian) khususnya perkembangan syarikat transnasional (transnasional corporations-TNC) yang begitu ketara sejak akhir 1970an di mana ia telah mempengaruhi pemikiran dan meningkatkan kesedaran global. Walaupun perkembangan kapitalisme yang awal (sejak abad ke-16) sehingga tahun 1945 telah mewujudkan satu kesedaran tentang ‘dunia di belahan bumi yang lain’. Pada tahun 1945 hingga 1960, ia telah membawa kepada satu perkembangan kapitalisme antarabangsa dengan pelaburan langsung asing (PLA) didominasi Amerika Syarikat. Manakala bagi perkembangan  ekonomi pula, setelah berlakunya krisis ekonomi pada awal 1970an, berlaku perkembangan pelaburan asing dari negara Jepun dan Eropah selain daripada Amerika Syarikat. Perkembangan ekonomi ini memerlukan hubungan saling bergantungan di antara unit-unit ekonomi dari pelbagai negara yang dahulunya wujud secara kurang berintegrasi.

Selain itu, perkembangan perindustrian semakin pesat membangun akibat proses globalisasi yang berlaku di mana berlakunya pertukaran modal, komponen, kewangan, tenaga kerja, teknologi, komoditi dan sebagainya di antara negara-negara membangun mahupun di negara maju. Hal ini menunjukkan sektor perindustrian dalam era globalisasi telah mewujudkan satu hubungan di mana saling bergantungan antara satu sama lain.

Dalam buku ini juga ada menerangkan tentang polisi industri yang boleh mewujudkan pelbagai perspektif sama ada persepktif positif atau persepktif negatif. Di sini menunjukkan peranan kerajaan sangat penting dalam memastikan pengeluaran negara dapat dioptimumkan sebaiknya berasaskan kelebihan sumber-sumber yang ada dan dapat mengembangkan ekonomi melalui perdagangan antarabangsa yang dilihat mampu memberi faedah kepada negara dan masyarakat. Hal ini kerana, perkembangan perindustrian dalam sesebuah negara mampu menghasilkan pengeluaran yang tinggi untuk dieksport ke luar negara di samping dapat menambah pendapatan negara.
Antara isu-isu penting yang perlu ada dalam polisi yang dilaksanakan ialah :-
1)  Dalam proses perdagangan asing, khususnya penggunaan pelbagai bentuk cukai import dan sekatan perdagangan dilaksanakan bagi melindungi industri domestik.
2)   Penggunaan kawalan langsung seperti lesen pelaburan dan kawalan harga untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam industri dan antara industri serta sector-sektor lain.
3)   Pelaburan asing oleh syarikat-syarikat transnasional adalah bergantung kepada pertukaran asing dan teknologi bagi projek perindustrian baru.
4)   Peranan relatif yang dikaitkan dengan sektor awam dan swasta dalam program-program industri.

Sunday 9 October 2011

Isu-isi yang dibincangkan dalam buku ini..

Berdasarkan buku yang saya baca ini, terdapat beberapa isu yang telah dibincangkan mengenai proses globalisasi dan perkembangan perindustrian. Antara isu yang di ketengahkan ialah:-
(i)   mengenai perkembang awal sektor perindustrian
(ii)  faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan perindustrian dalam dunia global
(iii) perubahan ekonomi industri akibat perkembangan teknologi dalam proses globalisasi
(iv) hubungan antara perindustrian dan globalisasi (negara-negara membangun)
(v)  kelebihan dan keburukan globalisasi

Melalui pembacaan saya dalam buku ini, sektor perindustrian telah lama berlaku di negara sedang membangun iaitu sejak 1960. Ketika ini, terdapat sesetengah negara mengalami kemajuan yang memberangsangkan melalui perkembangan dalam aktiviti perdagangan. Perkembangan ini telah membawa kepada perubahan yang besar dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Hal ini kerana, melalui sektor perindustrian ini, ia telah membawa kepada satu hubungan yang 'luar biasa' di mana negara-negara dapat menikmati kelebihan daripada hubungan ini. Di sini menunjukkan proses globalisasi telah berlaku dan berkembang sehingga  memberi kesan kepada semua penduduk di dunia.