Wednesday 30 November 2011

TEKNOLOGI

Perkembangan dalam proses globalisasi telah membawa kepada kemajuan dalam penggunaan dalam teknologi. Teknologi boleh menerangkan secara mudah ialah proses pemindahan input kepada output, pengetahuan dan keperluan kemahiran untuk pembangunan ekonomi dan perindustrian. Dalam era globalisasi pada masa kini, sektor perindustrian semakin membangun dengan wujudnya pelbagai kemudahan tekonologi yang lebih cepat dan menjimatkan kos.

Tambahan lagi, perkembangan dalam teknologi juga dapat memberi peluang kepada negara-negara sedang membangun dalam R&D untuk menghasilkan produktiviti yang yang berkualiti yang mampu untuk menembusi pasaran dunia. Antara contoh ialah China mampu mengeksport tekstil keluarannya ke pasaran luar kerana terdapat banyak kilang dan tenaga buruh di sana. Selain itu, Malaysia juga mampu menghasilkan produk elektronik dan menjadi pengeluar utama dalam barangan elektronik. Hal ini menunjukkan proses globalisasi yang berlaku pada masa kini telah memberi kelebihan kepada negara-negara membangun dalam meningkatkan ekonomi mereka selain dapat membantu rakyatnya meningkatkan taraf hidup.











KEUPAYAAN ATAU KEPENTINGAN TEKNOLOGI
Di Barat, perkembangan teknologi sudah lama berlaku berbanding dengan negara-negara yang sedang membangun. Perkembangan teknologi ini telah membawa kepada kemajuan sesebuah negara tersebut. Berdasarkann buku ini, terdapat 5 pembahagian dalam keupayaan teknologi.
·         Untuk mencari produk dan proses yang baru bagi negara-negara miskin hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu produk yang selalu diimport oleh negara-negara miskin bagi memudahkan penyaluran pemindahan teknologi di negara-negara miskin agar kemajuan dapat dijalankan di negara-negara miskin.
·         Kebanyakan negara perlu mengadaptasi pembangunan ekonomi yang ada pada masa kini bagi membolehkan keluaran dalam negara dapat ditingkatkan.
·         Peningkatan produk dan proses yang berdasarkan pengalaman dalam pengeluaran tempatan  di mana peranan pelabur sangat penting untuk membangunkan sesebuah negara yang sedang membangun.
·         Pembangunan atau penghasilan produk dan proses yang lebih tinggi daripada tempat-tempat lain dalam meningkatkan persaingan.
·         Menjalankan kajian berasaskan teori-teori yang ada bagi menjamin pembangunan yang berterusan.

Selain itu, sistem pengeluaran yang sudah berubah daripada mesin tradisional kepada moden telah membantu negara menghasilkan pengeluaran yang menggalakkan selain mengeksport kepada luar negara. Tambahan lagi, pembangunan dalam R&D juga telah memberi ruang kepada negara-negara sedang membangun dalam mengkaji hasil keluaran agar produk yang dikeluarkan bermutu tinggi dan dapat bersaing seiring dengan negara-negara maju.

Kebolehan teknologi dalam perindustrian maklumat dan kemahiran dari segi teknikal, pengurusan dan institusi. Hal ini menunjukkan kemajuan teknologi sangat membantu dalam pengembangan sektor perindustrian malah ianya dapat menjimatkan masa dan kos. Melalui perkembangan teknologi juga dapat membantu meningkatkan hasil pengeluaran, rekabentuk yang menarik, membaiki kecacatan yang ada pada produk yang dikeluarkan, sumber bahan mentah, pengurusan dan sebagainya. Penghasilan yang baik dapat membantu menjana ekonomi negara.


Jelasnya, kepentingan aktiviti teknologi dalam proses pertumbuhan perindustrian dan ekonomi negara adalah mempunyai hubungan yang sangat rapat dan ini secara umumnya diiktiraf dengan meluas di seluruh dunia. Hal ini kerana, perkembangan dalam teknologi sangat memberi kesan kepada sektor perindustrian di mana ianya mampu menghasilkan nilai tambah yang banyak dan berkualiti dalam memastikan aktiviti perindustrian terus berkembang seiring dengan permintaan manusia yang semakin bertambah dan berbagai citarasa. Pertambahan permintaan ini telah menggalakkan proses perdagangan antarabangsa di mana ia dapat memberi manfaat kepada semua.