Saturday 3 December 2011

GLOBALISASI DAN TNCs

TNCs merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang melabur ke sesebuah negara untuk mengembangkan perniagaannya. Pelaburan yang dibuat oleh TNCs banyak memberi kesan kepada pembangunan sesebuah negara yang dilabur. Hal ini kerana, TNCs menyediakan kemahiran teknologi, modal untuk mengeksploitasi sumber-sumber tempatan samada dari segi sumber asli atau tenaga buruh, pengetahuan dan sebagainya. Proses globalisasi telah menggalakkan kemasukkan TNCs ke negara-negara membangun di mana terdapat ramai tenaga buruh dan sumber asli yang belum dieksploitasi yang mungkin dapat memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi negara dengan aktiviti pengeksportan. Kemasukkan TNCs telah memberi satu peluang kepada penduduk di  negara membangun untuk meningkatkan taraf hidup dengan adanya aktiviti perindustrian di mana terdapat peluang pekerjaan di sekitar kawasan perindustrian.

Selain itu juga, kemasukkan TNCs juga telah membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam negara. Kemasukkan teknologi dari luar juga memberi kesan positif kepada tenaga kerja untuk mempelajari tentang perkembangan dunia teknologi. Dengan adanya teknologi, sumber-sumber dapat digunakan secara optimum dalam menghasilkan nilai tambah yang menggalakkan bagi membantu meningkatkan hasil dalam negara.

Tambahan lagi, pengembangan sektor perindustrian terutama di negara-negara membangun telah banyak merubah persekitaran ekonomi negara membangun. Kemasukan pelabur luar telah mendorong kepada pembentukan corak pengeluaran di negara membangun. Oleh itu, pembuat dasar dan pemimpin sesebuah negara hendaklah peka tentang implikasi proses globalisasi yang amat mempengaruhi ekonomi domestik. Sementara itu, pembentukan dasar mesti memastikan pertumbuhan ekonomi selari dengan keperluan pembangunan ekonomi domestik selain memberi peluang kepada pelabur mengembangkan perniagaannya. Pembangunan ini mestilah diutamakan supaya semua lapisan masyarakat memperolehi manfaat daripada industrilisasi tempatan. Dalam usaha mengatasi hambatan yang berkait rapat dengan proses globalisasi, peranan pemerintah memainkan peranan dalam mewujudkan kerangka institusi pembentukan dan pelaksanaan dasar yang berkesan.



No comments:

Post a Comment