Sunday 4 December 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PELABURAN PERINDUSTRIAN DALAM ERA GLOBALISASI

Dalam pembangunan sektor perindustrian, dasar atau pelan perangkaan sangat penting bagi memastikan sektor perindustrian terus berkembang maju walaupun dalam era globalisasi. Menurut pembacaan saya dalam buku ini, terdapat 4 jenis polisi dalam aktiviti perindustrian. Antara 4 polisi yang idealistik ialah:

·         Peranan pihak kerajaan dalam menjaga kedua-dua belah pihak iaitu pelabur dan pekerja. Kerajaan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan pekerja dan pelabur dengan adanya pertubuhan-pertubuhan seperti persatuan buruh. Selain itu, peranan dalam menyediakan kemudahan sosial dan infrastruktur kepada masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup.

·         ‘Dasar Mesra Pasaran’ iaitu di mana kerajaan mempunyai hak untuk campur tangan bagi menangani sebarang masalah kesan kegagalan dalam pasaran tempatan dan global  contohnya dalam penyebaran maklumat dan aktiviti-aktivi lain seperti pendidikan, latihan, pelaburan peenyelidikan dan pembangunan. Tambahan lagi, peranan kerajaan dalam menyokong industry baru tanpa ada diskriminasi.
   
·         Dasar campur tangan kerajaan dengan pelabur-pelabur luar adalah untuk mewujudkan situasi ‘menang-menang’ di mana kedua-dua belah pihak mempunyai manfaat masing-masing. Hal ini kerana, perkembangan dalam aktiviti perindustrian telah memberi ruang kepada sesebuah negara meningkatkan hasil negara melalui sekatan-sekatan seperti cukai, takrif kouta dan lain-lain. Aktiviti seperti eksport-import telah menyebabkan berlakunya pertukaran wang asing, migrasi antarabangsa, lesen teknologi dan sebagainya.
·         Di kebanyakan negara membangun menerima pelabur asing untuk membangunkan negara mereka dan kerajaan berfungsi untuk mengawal tahap agregat pelaburan perindustrian.

   Perkembangan dalam perindustrian juga memberi impak negatif dan positif kepada pembangunan fizikal dan manusia. Apa yang kita semua tahu, kesan positif dapat dilihat di mana adanya peluang pekerjaan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk selain dapat memberi kelebihan dalam menjana ekonomi negara melalui hasil negara seperti perdagangan antarabangsa, cukai, pelaburan dan sebagainya. Bagi impak negatif pula, berlaku masalah alam sekitar di mana berlakunya pelbagai percemaran akibat perkembangan sektor perindustrian. Selain itu juga, berlaku perubahan guna tanah yang dahulunya hutan menjadi padang konkrit dan ini menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Tambahan lagi, kemasukan pendatang asing atau migrasi juga telah membawa kepada masalah sosial dan sebagainya. Oleh itu, dalam era globalisasi ini, terdapat baik dan buruknya sesuatu aktiviti yang dijalankan, justeru itu, peranan dalam pelbagai pihak sangat penting dalam meminimakan masalah yang berlaku.




2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt...
    1 artikel yang lengkap membincangkan pro & kontra pelaburan perindustrian dalam ero globalisasi...

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam wbt....
    trima kasih bg komen...
    ape yg kita tahu, sesuatu pembangunan ada pro & kontranya..sektor prindstrian sememangnya mnjanjikan peluang pkerjaan & pndapatan yg baik serta utk mmbangunkn ngra..namun,pmbangunan yg brlaku ini tidak trlepas drpd ksan ngtif..oleh itu, prnan masyrkat & krjaan sgt pnting dlm memastikan pmbangunan yg dijalankan adlh seimbng...:)tq

    ReplyDelete